List of News

Previous Next

Majlis Anugerah Cendekia Bitara '23

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada felo penyelidik Pusat Bioaromatik di atas penganugerahan yang diterima dalam Majlis Anugerah Cendekia Bitara 2023 yang berlangsung di Grand Darul Makmur, Kuantan. Majlis ini merupakan wadah untuk menghargai kerja keras dan dedikasi para penyelidik yang komited dalam menghasilkan kajian berimpak tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan dasar, inovasi industri, dan peningkatan kesejahteraan masyarakat. Para penyelidik telah membuktikan bahawa dengan usaha gigih, dedikasi yang tidak mengenal penat dan semangat yang tidak pernah luntur, kejayaan tertinggi dapat dicapai.

Semoga penganugerahan ini menjadi batu loncatan kepada penyelidik untuk terus memacu dan memperkasakan kualiti serta keunggulan penyelidikan dan inovasi di UMPSA.